
Saya mula mengenali Reiki semenjak akhir tahun 2006 lagi.Dan kini sudah hampir 3 tahun saya dengan rasminya bergelar Master Reiki. Sesungguhnya reiki adalah suatu pengalaman. Itulah yang sering dipesan oleh guru saya.
Reiki merupakan suatu wadah ilmu mengenai Tenaga Alami. Bukan tenaga dalaman yang sering di salah ertikan oleh kebanyakan orang. Ada yang tidak percaya dalam dunia serba canggih ini wujudkah gelombang frekuensi seumpama ini?...Harus percaya kerana sedangkan kita percaya akan adanya siaran Astro, kita boleh percaya akan gelombang Celcom, Digi, Maxis dan bermacam-macam gelombang lagi…Dari mana datangnya..Boleh nampakkah gelombang ini?...Tetapi kita percaya akan gelombang-gelombang ini…Senario ini samalah juga dengan gelombang Energi Reiki. Ianya bersifat Universal dan Alami.Ia nya mengupas tentang Qudrah, Prana, Chi dan Tenaga Ilahi….Ia nya bersifat teknikal…cara mengaplikasikannya adalah dengan cara serta teknik yang betul sudah mampu untuk menyalurkan energi yang mengharmonikan seluruh sistem tenaga hayat manusia. Reiki TIDAK melibatkan sama sekali elemen perantara seperti Jin ataupun khadam. Dan bukan mantera atau jampi serapah. Ianya merupakan tenaga Ilahi yang terpancar melalui Penyelarasan daripada seorang Master Reiki kepada anak muridnya. Justeru itu anak murid tadi telah selamat diijazahkan dengan tenaga penyembuhan ke atas dirinya. Lalu, secara tidak langsung anak murid yang sudah bergelar Pengamal Reiki bolehlah melakukan rawatan kepada sesiapa yang memerlukan tanpa ragu-ragu lagi.
Untuk memantapkan lagi amalan pengamal reiki beberapa kaedah haruslah di buat setiap masa. Meditasi dan penyembuhan diri sendiri perlu di pertingkatkan demi memantapkan lagi energi pada diri pengamal reiki agar pengamal mampu menjadi penyalur reiki yang hebat.
Demi pengukuhan amalan reiki,5 prinsip Reiki wajib di tanam di minda dan jiwa setiap pengamal reiki. Prinsip ini bertujuan untuk mendidik jiwa pengamal reiki agar sentiasa redha dan pasrah di atas setiap ujian yang mendatang.
Indahnya reiki kerana ianya merupakan adunan di antara Keislaman, kerohanian dan gelombang reiki itu sendiri. Tenaga reiki itu sendiri sebenarnya adalah anugerah dari Allah SWT kepada kita. Hanya mereka yang terbuka hijabnya sahaja yang bisa nampak akan warnanya.Demikianlah betapa hebatnya ciptaan dan kurniaan Allah. Hanya mereka yang terpilih saja yang mampu merasai getarannya. Namun pembawaan pengamal reiki pula harus punyai hati yang tulus dan ikhlas, agar gelombang energi yang di bawa dapat menarik perkara yang baik kepada dirinya…..Sekian Wallahualam…..













